nurul fiera: November 2010

Monday, November 29, 2010

satu entri banyak st0ry !

caption : bergembira seketika !


salam blooger..
holly loolly dear..hey hari ini hari ahad 28 november 2010, jam 12:19 minit malam..o00ps! sudah isnin l0rh..haha! anyway ape yang korang lakukan di hujung minggu korang kali ni?? hangout dengan member korang? menonton wayang? shoping? atau memerap di rumah? hehe tak kesah la ape pon yang korang lakukan asalkan korang gembira..aku tumpang bahagia..waaah!!


aku pulak menghabiskan hari minggu aku ni dengan menyebokkan diri ikut ayahanda tercinta pergi bekerja..wee~ actually aku, adik aku yang acah acah kecik tu dengan bonda follow ayah aku pergi jage booth SSPN dekat The Curve..ayah kena bekerja lah kiranya tu..huhu..eh jangan silap kitorang ikut ayah bukan nyew nak kacau yah buat kerja.ayah aku kerja kitorang merayap lah satu The Curve tuu..^_^


-berjalan cuci mata di IKEA-

aku, my mom dengan adik aku jalan jalan cuci mata jek dekat IKEA...sangat banyak barang okay dekat IKEA dan yang paling penting sedang SALE ! haha sila sila ke sana..


-Anna Rafalli-

selesai cuci mata datang balik dakat ayahanda, terjumpa lah dengan cantik manis Anna Rafalli ni..sangat cantik putih suci...hehe ramai jugak lah artis yang diundang ke SSPN BSN punya booth ni..
Atilia,Beeha dan..ramai jugak lah yang ada ^_^

PERTEMUAN TIDAK DIRANCANG

tibe2 telefon aku berdering dan..hey fiera tunggu kat sane nati kejap lagi kitorang sampai The Curve..setengah jam kemudian tertegak lah dorang di depan mata dan waah!!  hinggar bugar (eerrkk..betol ke aku eja ni??!) satu The Curve..

-M.E.R.D.E.K.A opps ! M.E.R.E.K.A-

 ini lah gadis gadis cun melecun habis yang telah datang ziarah aku dekat The Curve tadi..haha cam ape pulak kan..sebenarnya dorang ni baru balik dari kenduri kawen si manis Fazilah..tapi aku tak dapat pergi soo disebabkan setelah mereka ni mengetahui aku berada di sana maka sampailah mereka ke sana..
dari kiri : cik Wawa , cik Maya . aku , cik Qeyla

-terlampau ceria !-

mereka memang begini soo jangan seram lah yee tengok this picture..kesengalan dorang memang terserlah..
haha! anyway dorang memang tip top ! ^_^

-say cheese !!-

TAMBAHAN

-Selamat Pengantin Baru !-
-credit gambar siti hilmaya-

selamat pengantin baru buat member sesekolah, member sekelas, member seperjuangan aku ni..
Puan Fazilah Hashim..ahah! yang telah selamat diijab kabulkan pagi tadi 28 November 2010,
ribuan kemaafan sayang sebab tak dapat datang wedding kamoo..
semoga kamoo bahagia kekal gembira sentiasa hingga ke akhir hayat bersama suami tercinta ! 
waah!! pandai jugak aku berpujangga..hehe!



ribuan terima kasih pada korang wawa, maya, qeyla yang sudi datang menceriakan lagi aktiviti aku ni walaupun sekejap..aku amat hargai..lain kali korang buat lah macam tu lagi yee..hehe thanx dear !
*opps telefon aku bunyi..gtg ! *

terima kasih sudi baca!


thanx sudi bace!

Saturday, November 27, 2010

semua tentang mereka !


caption : jika dapat diundur masa


salam blogger..
jam dekat lappy aku menunjukkan pukul 12:20 minit malam..awal lagi kalau nak tidor ni..hmm tapi kalau diterjah dengan my bonda mahu kena ceramah aku kejap lagi ni..weee~ "eh anak dara ni tidur lambat esok dialah yang paling susah nak dikejut solat subuh !" haha ni dialog sopan siket...^_^
nak buat camaner ummi mate anak ummi ni tak ngantok lagi dah biasa jadi burung hantu masa dekat  u.i.t.m dulu hah bawak la sampai ke rumah ! haha


bila mata tak ngantuk ni..aku teringat dekat kawan kawan lame aku dulu..ouh..BFF aku yang sangat aku sayang! best friends forever
member massa sekolah menengah , sekolah rendah dan nak rindu jugak member u.i.t.m dungun aku huhu..
biarlah baru berapa hari tak jumpa pon nak rindu jugak !


GENG BBST !


-kawan terbaek !-

mereka terdira daripada :
 yang manis cik linda, yang misteri cik hanan, yang kembar cik qiela, yang happy gud lucky cik maya, yang senyum sokmo cik wawa, yang acah acah manje cik hani, si canteq cik balqis, yang sentiase kemas cik anis, yang bijak konsisten cik farahin..^_^
ouh yaa..tiga lagi rakan yang tiada dalam gambar yang tinggi lampai cik farah, dan si kecik cik bidayah dan yang selamba dek cik emah !

yaa..nilah member aku yang makan sama, mandi sama, tidur sama...sangat bertuah dapat kawan macam dorang..sangat caring, baek hati, penurah, dan..whateverlah..yang penting sayang korang !



-semasa lawatan, ouh kami sangat sopan !-

-bersama hani dan linda-
masa ni lepas kitorang tgkp gmbar jek kena denda lari satu padang..haha!
pelajar yang selalu lambat datang sekolah..

-kami telah dewasa !-
time reunion tapi tak semua yang ada..

-puan nurhaslinda-
puan linda yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 20 Jun 2010 

-best friends forever !-
-credit gambar dari qiela farqil-
mereka semua yang telah lama lepak di hati,..
semoga satu hari nanti ALLAH perkenankan doa aku untuk kami berkumpul semula
thanx dear! 

U.I.T.M BUDDIES

aku tak mempunyai ramai kawan di u.i.t.m yang dikenali cuma rakan sekelas aku jer..hehe aku mungkin tak berapa peramah dengan orang..bercakap bila perlu..tapi bagi yang rapat sangat banyak benda yang akan aku cerita..weee~

-mereka yang pertama jadi kawan-
aku agak rapat dengan mereka

-mereka sentiasa menyokong-
yang agak rapat jugak farah,nana,fadia..
maaf kalau aku bukan kawan yang baek..^_^

-aktiviti bersama-
berdoa semoga friendship never end ! ^_^

-big friendship !-
waah nilah yang terbesar haha !
ezza, faten, aku, nana, farah, fadia, jiha

-sepupu terbaek in the world !-

orang kater 'air yang dicincang tak kan putus"  gadoh camaner pon aku dengan makcik ni..
mesti baek punyer nanti..^_^
dekat makvik nilah tempat aku story sume citer, tempat aku lepas geram, tempat aku gelak,
aku dengki dia , dia dengki aku, tapi kitorang tetap bersatu ! waaah gitu !!
thanx mkck !

TAMBAHAN

-ketika bekerja di pasaraya KARNIVAL-

aku letak gambar ni sebab nak gtaw rindu membe kerja aku kat karnival dulu jugak !
^_^


ucapan ribuan terima kasih kerana korang sudi menjadi kawan aku..maaf kalau selama ni aku tak dapat nak jadi yang terbaek seperti mana korang telah jadi yang terbaek..mood feeling sekejap..dush!
*hampir menitiskan air mata semasa menulis entry ni*

terima kasih sudi baca !









thanx sudi bace!

Friday, November 26, 2010

impian aku part II !

caption : suzuki swift idaman !

salam blogger...
holy semua..hari ini bertarikh 26 november 2010 tepat jam 2:02 minit petang aku kembali berblogging...maaf entri lambat ditaip kerana tak ada idea nak kongsi cerita..hehe
ouh yaa..esok 27 november 2010 my grandma bersama pak ngah dan makngah aku akan pulang dari mengerjakan haji..alhamdulillah semoga mereka selamat pulang..sangat teruja sebenarnya..hehe ^_^

okay dear..kembali pada topik utama entri kali ni aku nak kongsi dengan korang impian aku yang seterusnya..
actually impian mungkin lah tak akan termakbul tapi..mane tahu kan..insyaallah..

aku mengimpikan dan mengidamkan sebuah SUZUKI SWIFT aku sendiri..waah!! haha sangat teruja dan pastinya sangat best kalau dapat kereta ni..amat bergaya sakan lah aku kan..huhu
kenapa aku suka ? sebab kereta ni nampak sangat elegan..wah macam orang2 kaya gitu..haha over pulak kau fiera! comel pon comel..CANTEQ !

-suzuki swift putih yang sangat waah !-

-kalau korang tak puas tengok dari depan meh tengok dari belakang pulak ^_^-

hmm..tapi kalau aku tak dapat suzuki swift ni pon x pela..mungkin dalam masa jangka pendek ni..tak adalah pendek sangat, kalau aku dapat viva elite pon waah jugak kan..haha !

-exclusive edition viva elite! tapi colour purple pulak...-

-ouh sangat waah ! viva elite colur hitam-
~aku memang suka hitam putih kereta~

ini idaman dan impian doakan aku yee semoga menjadi kenyataan..insyaALLAH !
* ouh yaa..ikuti impian aku yang seterusnya..^_^*

terima kasih sudi baca !



thanx sudi bace!

Monday, November 22, 2010

impian aku !

caption : muslimah fashionable !

salam blogger...
hye korang ! hari ni sudah bertarikh 21 november 2010,bermakna sudah 6 hari aku berada di rumah..wah ! bestnyer duduk rumah tanpa kerja..hehe bukannya aku malas nak keluar carik kerja cuma aku fikirkan yang tempoh bercuti untuk semester 4 ni sangat lah pendek..aku dah la plan banyak aktiviti "baik punya" untuk cuti kali ni..hihi

hey entri kali ni aku nak berkongsi tentang minat dan impian baru aku..huuhu..aku dah lame dah nak menunaikan impian ni cuma keberanian dan galakan pada diri tu jer yang tak ada lagi..dush ! ouh fiera sampai bila kau nak jadi camni?? impian aku untuk menjadi muslimah fashionable..waaah! haaha over pulak kau yee fiera..^_^

urm sekarang ni ramai kan yang pakai selendang dengan inner dekat dalam tu..sweet sangat dorang ! chumel !! ngeee geeram !! justeru itu aku pon nak lah jugak cuba pakai tapi aku law aku pakai nanti muka aku ni nampak bulat semacam jerk..haha ! tak chumel langsung..tapi aku cuba kan jugak perasankan diri untuk pakai tudung macamtu..hee~ cuma bila untuk pakai kat luar tu aku pon ttak tahulah..hehe ^+^


-muka bulat ku-

*insyaALLAH entri impian aku ni akan ada part II..sebab terlampau banyak sangat impian yang diimpikan...hehe ^_^

terima kasih sudi baca !


thanx sudi bace!

Thursday, November 18, 2010

salam aidIL aDha !


caption : hati ku gembira..

salam blogger..
selamat hari raya aidiladha aku ucapkan..sangat lah lambat aku keluarkan ucapan ni tapi sekurang kurangnya sempat la jugak kan..huhu macam mana raye haji korang ? banyak lembu yang telah dikorbankan ? alhamdulillah tahun ni ayah buat korban dengan aqiqah untuk kami sekeluarga..sangat lah banyak daging korban dalam peti ais kitorang tu..hehe

aku ni balik jer dari dungun terus sambut raya haji..haha tak adalah terus tapi 2 hari lagi lah nak raye..semester 4 ni balik ayah umi jugak lah yang datang amik aku..huhu yoolah sapo laie nak amik law bukan ayah aku?? ^_^ terima kasih ayah..

14 November 2010
ayah amik aku dari uitm dungun sebaik sahaje aku habis jawab paper I.T wah! sangat difficult paper tu..dush!
lepastu ayah lepak jer dulu kat Hotel UITM sebelah uitm jugak..haha beradulah kami sekeluarga di situ dan kemudian balik keesokan harinya..

15 November 2010
perjalanan pulang aku sangat tenang dari dungun singgah di kemaman membeli "kep0k" dan kemudian berehat di temerloh untuk solat dan makan dan kemudian sampai di K.L dalam pukul 7.00 malam macam tulah..tapi agak tersekat bile sampai jek kat K.L..fuuh!! giler panjang jam..sangat sesak bandaraya kuala lumpur di kala itu..aduh..sampai rumah dekat pukul 9:30 malam..kesian ayah penat memendu dan keesokan harinya akan bekerja..sekali lagi..
terima kasih ayah ! T_T



-pemandangan jalan raya di Kuala Lumpur yang sesak teruk-



-ayah dan umi sedang menikmati makan malam-



-abang hakim dan adik iffah yang kelaparan-
~ouh kami semua sangat lapar waktu ini..~

TAMBAHAN


-aku yang bertemakan raye haji !-
~thanx kepada my sis capture this pics~

maaf dear..entri aku kali ni agak kelam..hehe tak berapa beridea..
* ouh insyaALLAH aku akan ke umrah sekeluarga..doakan kami yee..amin..

terima kasih sudi baca !

thanx sudi bace!

Thursday, November 11, 2010

1000 hari bahagia !

caption : kini yang ke 1000..

salam bloggers..
lama sudah blog tidak di updated..huhu ligat menjawab final finance paper...fuh..selesai sudah..
tapi aku macam ape jerk jawab tadi..tak confident langsung..TAWAKAL jerk la yang aku boleh lepas ni..korang doakan aku jugak yee..^_^

ouh yaa..topik utama..selamat hari yang ke1000 sudah aku couple!! ^_^

aku ngan lolip0p x sambut ulang tahun..kami sambut ulang hari..haha tak de lah..bukannya sambut dengan meriah cuma kira dari hari kami kenal , declare ( 24 februari 2008 ) sampai lah yang ke 1000 hari..
sebenarnya hari yang ke 1000 ni jatuh pada hari selasa lepas iaitu 9 november 2010..tapi sebab sebok sangat ni baru ada masa nak kongsi dengan korang..
jadi hari ini dengan sahnya dah masuk hari yang ke 1002 kami..hehe beria jek aku ni kan..



-macam kek kahwin kan..??- ^_^

l0lip0p dapat P0LiS !

syukur alhamdulillah Allah s.w.t perkenankan doa aku supaya m0hd heZman bIn haMdan dapat melalui fasa fasa masa depan yang cerah! waaah! - sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani-... ^_^
actually mr l0lip0p baru dapat panggilan medical check up untuk LATIHAN POLIS awal tahun depan..hehe tapi aku amat lah mengharapkan agar lolip0p dapat terus panggilan latihan polis..
siapa tahu satu hari nanti aku bergelar isteri kepada POLIS..waah! angan angan besar..hihi



-gambar dari google-
#sebenarnya aku carik gambar polis hensem tapi tak jumpa ni jek la yang ada..hee#

* ya ALLAH ya Tuhanku semoga kau permudahkan urusan MOHD HEZMAN dan kau permurahkanlah rezekinya...* amin...

terima kasih sudi baca!



thanx sudi bace!

Thursday, November 4, 2010

k0Leksi jiWa RagakU !

caption : sayangnya kat d0rang !

salam bogger..
hey korang! blog di update lagi dengan entri yang baru..sebenarnya aku sedang merasai kebosanan yang teramat sangat..inilah yang jadi kalau gap paper final exam jarak sangat jauh..huhu nak study untuk paper yang seterusnya sangat malas jadi habiskanlah dulu saki baki masa yang ada ni dengan pelbagai aktiviti yang mungkin berfaedah..disebabkan aku dengan semua rakan bilik aku ni dah habis tengok semua movie yang ada jadi sangat lah bosan mengharungi hari hari yang mendatang..^_^ v

0uh ya..kembali pada t0pik utama..disebabkan bosan jadi aku telah mendapat idea baru untuk entri kali ni..aku nak berkongsi dengan korang barang barang kesayangan yang aku ada setakat ini..hehe korang baca jerk la yee..



antara koleksi anak patung ku


selamat berkenalan :


-cik kitty dan si bengis-

hey ! ini dia cik kitty dan si bengis aku..haha yang cantik manis melelapkan mata dalam senyuman itu adalah cik kitty yang sangat baik hati..dan yang kat sebelah itu pulak adalah
si bengis yang langsung tak pernah senyum dengan aku..ceh mr kerek pon taw senyum taw..aku tak taw la apa masalah si bengis ni...ngeee~
yang penting ini adalah hadiah dari mr lolipop aku..(^_^)
hadiah sebab aku dapat CGPA tinggi semester tiga..aku sangat terharu dan teruja dapat hadiah dua kawan baik ini..huhu sayang lolip0p lebih la!


-coklat bulat-

hey ! giliran si coklat bulat pulak..hehe coklat bulat ni rendah jerk berdiri pon rendah macam tu duduk pon rendah itu lah dia..haha coklat bulat ni patung yang paling terawal yang aku ada..
sejak aku tingkatan lima lagi..wah lama jugak erk aku simpan.
coklat bulat hadiah dari kawan lama atau "ex" aku masa sekolah menengah dulu..eerrk..
eh kalau mr lolip0p baca ni jangan fikir bukan bukan yee..lama punya cerita.. ^_^



-si kecik-

ouh yaa..hampir terlupa aku dengan si kecik ni..inilah si kecik aku yang paling kecik aku ada..memang lah kan dah namanya pon kecik..si kecik ni memang tak boleh lah kalau nak buat pelok..haha memang tak sedap lah jadi aku letak jer kecik ni kat atas meja belajar aku..kecik lah yang jadi teman belajar aku bila aku belajar kat atas meja..huhu kalau aku belajar kat atas katil memang tak lah kecik nak teman..kene tindih dengan aku adalah..huhu
si kecik ni mr lolipop jugak yang bagi..^_^
kecik ni hasil dari kesungguhan lolip0p main tikam tikam untuk dapatkan bear besar punya untuk aku masa kitorang pergi jalan jalan hari tu..haha
tapi nak jadik cerita yang besar tak dapat kecik pon jadilah..

Haiwan peliharaan aku !




-si b0bO dan si bUbU-

bubu dan bobo ! kenapa nama dorang bubu bobo? haha ntah la weyh..aku suka !
ni pulak haiwan kesayangan aku..sayang giler kat dorang weyh..
kalau orang lain suka bela kucing..mungkin aku tidak..hehe kenape?
untuk pengetahuan korang aku ni takot kucing..eerrkk..bukan tak suka taw tapi takot..soo
kura kura jerk la yang aku mampu bela..hehe
d0rang ni seekor jantan seekor betina tapi tak tahu la yang mane jantan mane betina, ^_^
setiap hari kena bagi dorang makan dan setiap dua hari kena tukar air dorang ni..
walaupun agak rumit tapi best weyh pengalaman baru..(wah macam ape jer)
bubu bobo ni mr lolip0p jugak yang bagi..sebenarnya hadiah hari jadi yang ke 20 tahun..hehe
kura kura ni ip0h mali punya..^_^


-mereka sedang berenang sambil ntah..pape jerk la dorang ni-

* nanti kalau aku ada idea nak letak barang apa lagi yang aku kumpul..aku kongsi lagi yee..*

terima kasih sudi baca!


thanx sudi bace!

Tuesday, November 2, 2010

hey, welcome N0vember!

caption : kini di bulan november ^_^

salam blogger...
hari ni bertarikh 2 november 2010 tepat jam 11:23 malam, sebelum setengah jam lagi 3 november 2010, aku mengupdate blog dengan entri yang baru...

pejam celik rupanya kita dah masuk ke bulan november..sekejap je rasanya dah nak penghujung tahun 2010...rase macam baru 2 minggu sambut new year, macam baru seminggu masuk semester 3, dan macam baru semalam aku daftar untuk semester 4..tup tup dah bulan november dah..huhu lagi sebulan lebih jer sebelum kita semua sambut tahun baru lagi sekali..haha

aku baru jer lepas azab dua paper final..(wah macam seksa sangat jerk..hehe) untuk 2 paper yang dah lepas, kedua duanya membaca..selamat tinggal membaca..haha paper seterusnya aku perlu mengira tapi selepas itu aku akna jumpe membaca semula..haha (suka lah membaca tu dapat jumpa aku) ngeeee~
Antara dua kertas yang telah selamat aku kerjakan :



-Business LAW 251-



-Principles of Public Relation-
-MKT 310-

dua paper lagi aku tak dapat nak kongsikan kat sini sebab aku tak sentuh pon lagi..lambat lagi kan..haha belajar awal awal pon tak seronok..nanti lupe..(ceh alasan!)
aku nak kongsi jugak dengan korang jadual final exam aku :


-gambar yang agak kabur bagi yang rabun-
^_^ v

ouh ya..tak lupa juga kepada rakan sebilik aku yang hari ini menyambut hari jadi..nama penuh nur farhana bt jamal..nama timang timangan farah..or mummy fara..ahax!
yang specialnya besday gurl ni yang belanja kitorang makan kfc..huhu tapi lagi special sebab fara dapat "blueberry cheese cake" wah baiknya!! jiran sebelah bilik kami..haha (bukan kami bertiga yang beli~)
anyway..selamat hari lahir sayang..semoga sentiasa dimurahkan dan dilimpahkan rezeki yang meluah luah agar dapat belanja kami lagi! haha l0veyou farah!

*selamat hari lahir juga pada yang menyambut dan meraikan hari lahir pada hari ini..semoga ALLAH sentiasa merahmati kamoo~

ada lagi satu kisah yang aku ingin kongsi dengan korang semua..ouh tidak..aku sudah semakin gemok..ouh tidak tidak..semakin COMEL !..haha sungguh aku tak dapat nak menerima hakikat..

Jom kita tengok checklist untuk mengurus kurus badan :
  1. Lompat lompat untuk kurus !- ( ouh semoga aku mampu melakukanya..)
  2. kurangkan makanan berminyak.. - ( kau boleh fiera ! haha )
  3. kurangkan minuman sejuk atau ais? - ( ouh tidak..! )
  4. lebihkan sayuran - ( dah banyak sayur dah aku makan..ngeee~)
  5. kurangkan makanan ringan - ( ouh..memang tak lah aku makan lepas ni dah..haha)
* ouh yaa..satu lagi fakta yang aku baru jumpe dan baca yang berbunyi..*
"setiap kali kamu menjilat setem, kamu sebenarnya membakar sebanyak 1/10 kalori"
wah..sangat menarik! korang pernah dengar? aku pon tak pernah dengar..boleh percaya kot..haha
sumber : Majalah Remaja Edisi 1 November 2010

terima kasih sudi membaca!


thanx sudi bace!