nurul fiera

Wednesday, October 27, 2010

selama aKu MenGhilang~

salam bloggers..

hehey!hari ni bertarikh 27 oktober 2010 jam 7:05 malam...aku kembali menulis entri hehe..maaf kerana tidak rajin mengupdate blog sejak semenjak ni..nak nak sekarang bulan final exam dan mase untuk memecah otak..haha lagi lah malas dan sebok menyebokkan diri untuk acah acah membaca buku..huhu..okay untuk entri kali ni aku nak kongsi kongsi cerita jugak dengan korang ape yang aku buat selama aku tak berblogging ni..haha!

kongsi cerita:
1 Oktober 2010,8:30 pagi
aku menghabiskan masa aku dengan menjawab test bahasa arab..huhu sangat awal bangun supaya tak kena marah lagi..muka aku ni ustazah dah blacklist dah dari yang tersenarai sebagai pelajar datang awal..haha malu malu...
seterusnya..pada tarikh yang same jugak aku telah join Economics Treasure Hunt yang ala ala untuk student ekonomi..haha aku join bukan sebagai peserta tapi sebagai penganjur..wah!
(aku bangga sendiri..)


~aku dan tag penganjur~


~kami berempat yang hanya goyang kaki~


~mereka semua yang terlibat~

6 - 9 0ktober 2010, bila bila masa
aku dan semua rakan sekelas mengikuti trip ke kuala lumpur.trip ni sebenarnya sebagai satu kerja projek class kitorang bagi subjek Public Relations.kitorang pergi malawat beberapa tempat untuk belajar dan tengok juga perhatikan camaner cara setiap tempat yang kitorang pergi ni menjalankan public relations dorang..kira ni kerja kerja PRO la..^_^

kitorang pergi melawat Dewan Parlimen :


~aku bersama rakan sekelas~
-gambar yang agak kabur,harap maaf-


~kami makan angin di Parlimen~

*fakta yang korang patut tahu tentang Ahli Parlimen sehari dorang menghadirkan diri ke Sidang Parlimen elaun yang mereka dapat ialah sebanyak 300MR cuba korang kira kalau sidang parlimen tu berlangsung selama sebulan..hah darabkan sendiri! (kaya kaya!)*

kitorang pergi melawat ke Filem Karya Nusa :



~sa izzati samsudin~
-gambar aku tak dapat nak dikongsi kerana telah terdelete -

*fakta : semua suara dalam kartun Doraemon , Conan , Cat and Dog adalah semua mereka yang bekerja di Filem Karya Nusa ini. yang penting, aku dapat jumpe Doraemon! huhu

kitorang pergi ke Karangkraft :


~gambar yang di snap..~
-gambar yang lain tak dapat dikongsi kerana sudah terdelete-

*fakta : Karangkraft telah mengeluarkan 30 jenis buku..banyak sangat..(maaf jika tersalah fakta) Dara, Remaja, i luv islam dan banyak lagi...
sangat seronok kerana dapat buku percuma!

kitorang pergi ke Berita Harian :


~kami sekelas~

*semasa di berita harian tak tahu apa lah yang aku dengar sebab masa Datuk dengan Datin tu membebel kat depan aku sebok mengunyah goreng pisang..yummy! haha (sangat tak sopan)*

11 okt0ber 2010,8:00 malam

White Garden Party Entrepreneur Club
aku telah pun dengan sengaja menghadirkan diri ke dinner DBS yang bertemakan white garden party haha..dengar tema sangat best tapi bila memikirkan nak pakai baju ape..tak tahu nak pakai baju ape..huuhu dan dengan tak sengaja umi telah memberikan keizinan untuk meminjam baju ketika tunangnya dulu dengan ayah,..wah! aku bangga sendiri..huhu..



yang anggun:
~liyana bersama najihah~

~yang bergaya~
~ezza samsudin~

~yang comel kot~
~hana fara~

~kami berempat~
~blur tapi cantik!~
~yang manis kot~
~ika bersama aku~

16 - eerkk oktober 2010,bila bila masa

berjumpa LOLIPOP dengan hati yang berbunga bunga..haha sangat seronok walaupun kami sesak tanpa wang ringgit..orang kate cinta nie perlu hidup senang dan susah same same..haha sooo sweeet! l0ve!

melalui pengalaman yang sangat lain dari yang lain selama aku pernah ke sane, menjual goreng pisang, cucur udang, ubi goreng, air asam masin dan cincau bersama LOLIPOP..
haha tak sangke boleh keluar pulak idea menjual dari si lolipop ni..mule mule macam kelakar sebab duit modal 30MR jerk..adoh..tak sanggup rase..

pengalaman yang best walaupun pada mulanya untung kitorang tak seberapa, senang kater duit modal pon tak lepas..ouh sakitnyer rase..huhu aku lah yang menenangkan dorang yang untung akan dapat tak lame lagi..hehe..alhamdulillah esok esok nya aku untung kami makin bertambah..syukur sangat..

haha nak tawu kerja aku ape kat gerai tu?aku cuma duduk dekat situ bila owang datang aku masukkanlah goreng pisang dalam plastik..hehe lolipop menggoreng dan kawan dia membancuh..huhu sangat seronok!



~hari pertama berniaga~
-lolipop dan angah-



~lollipop buah hatiku!~


~sayang awak~`


~hari terakhir~


~di sini bermula dan di sini berakhirnya~

sedikit sebanyak cerita yang dapat dikongsi bersama..aku gembira!

terima kasih kerana sudi bace!

thanx sudi bace!

Saturday, October 2, 2010

kembali menullis..^_^

caption: ape ape aje..

salam blogger..ini merupakan entri pertama aku untuk bulan oktober setelah sangat lame tak mengeluarkan entri yang baru..bukan ape sebab rasa sangat malas nak menaip walaupun sebenarnya sangat banyak cerita..mungkin masih belum terlambat mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"..jam menunjukkan pukul 3:o7 minit pagi bertarikh 2 oktober 2010 bersamaan 23 Syawal..wah nak habis raye da rupenyer..heehe..

kongsi cerita:
10 september 2010,10:39 pagi

raya pertama ku di shah alam..bermaaf maafan bersama ayah umi adik adik..yang tiada cuma kakti..berjumpa semua sanak saudara dan berjalan ke rumah saudara mara di hari raya ke2..
p/s: l0ve my family!
14 september 2010,10:20 pagi


berhari raya bersama mereka..bidayah,hani,wawa,qiela,anis,farahin,lynda..sangat seronok meriah dan menggembirakan..terima kasih kepada azwa yang merancang perjalanan..juga terima kasih pada korang sume yang sudi berhari raya bersama..^_^
p/s: sayang korang!
18 september 2010,9:00 pagi


pulang ke UITM dungun dengan hati yang sebak sob sob sob..fuh penat menaiki bas dan penat duduk di dalam bas untuk satu hari..sampai dungun pukul 5:30 petang..^_^
p/s: sakit pinggang tengkok nek bas!
20 september 2010,8:45 minit malam


kisahnya aku sangat sangat dan sangat kecewa dengan diri aku..markah test1 law251 aku sangat terok..0/15??? ape yang aku belajar?ape yang aku bace?dan ape yang aku hafal?hmmm..
malam tu aku menangis macam budak kecik..ish tak matang langsung..
terasa sangat bodoh,sangat sangat..nasib baik madam bagi buat take home test dan aku dengan sedaya upaya cuba buat..walaupun take home test tapi boleh la tahan soalan..fuuh..
LAW251..insyaALLAH aku boleh..mengharapkan doa dari kawan2..
p/s: kau boleh zafirah!
24 september 2010,11:55 pagi



Kellie Castle bersama mohd hezman..akhirnya aku dapat berjumpa sekejap dengan mohd hezman..sempat mengucapkan selamat hari raye awak! ^_^
terima kasih atas segala sukasuka perjalanan..
p/s: semoga berjumpa lagi!
2 oktober 2010,12:00 tghmalam

Selamat hari lahir sa'izzati samsudin~
menyambut hari lahir ezza dengan beberapa balingan bedak carrier junior dan menyanyikan lagu selamat..heehe..
semoga panjang umur dan murah rezeke kawan!
p/s:

selamat hari lahir juga pada yang berkongsi tarikh lahir dengan ezza!





terima kasih kerana sudi membaca!

thanx sudi bace!

Wednesday, September 8, 2010

seLamat berHari raYE!

caption: syawal menjelang tiba

salam blogger..
akhirnya syawal yang dinanti bakal menjelang 2 hari lagi,..tapi kalau dah tengok anak bulan malam ni,tak mustahil esok pon boleh raye..^_^
dan ramadhan yang dilalui oleh semua umat islam bakal meninggalkan kiter..tunggulah ramadhan lagi untuk tahun hadapan..dan semoga segala amalan yang kita lakukan pada ramadhan kali ini diterima olah ALLAH,..
berbalik pada citer asal,entri kali ni aku nak citer sume pasal raye,ape yang korang selalu ingat bile time raye?hah kalau aku benda benda yang aku boleh kaitkan dengan raye adalah seperti berikut:
1. balik rumah atuk nenek (kampung aku dekat jerk)
2. jumpe lah semua saudara mara (seronok giler)
3. bermaaf maafan di pagi raye (aku tak reti sangat nak mintak maaf ni nanti aku sedey)
4. duit raye (ini aku suke!)
5. lemang,ketupat,rendang,kuih raye(kalau sedap aku makan banyak giler)

cerita raye aku:
zaman kanak kanak
mase kecik kecik dulu aku tak berapa nak ingat sangat pon sebenarnyer,tapi yang aku ingat bila time raye jerk baju raye aku mesti same dengan kakak aku,haha kakak aku ni aku panggil kakti
law baju same barulah orang tawu kitorang ni adik beradik kan..^_^
mase kecik jugak bile dapat duit raye,suke giler..lepas jer salam pakcik makcik,dapat jer sampul raye tu teros masuk dalam bilik..haha tawu kenape?sebab nak tengok dapat berapa ringgit..haha
walaupun nilainya sikit tapi aku tetap bersyukur sebab mase ni jer la aku nak dapat duit banyak,nak harapkan aku menabung..payah la weyh..^_%
zaman sekolah rendah
mase zaman sekolah rendah ni lebih kurang jer dengan zaman kanak kanak,ye lah tak matang sangat pon...bile raye yang aku taw baju baru,kasut baru,duit raya,haha
tapi yang kelakarnyer masa zaman ni kan,.aku ni rapat giler dengan sepupu aku ni namenyer nana kitorang ni rapat tahap cipan ler..ape ape sume citer kat dia..bile time raye mase zaman ni kitorang ni suke la bercerita tentang ape ape yang baru lah yang kitorang ada untuk raya kan..
seperti: "eh baju raya awak warna ape?""pakai kasut baru tak raya ni?"haha..
suatu hari aku berborak lah dengan sepupu aku ni tentang kasut raye,budak budak kan sume nak gebang haha citer lah kasut saye macam ni kasut awak macam mane,warna ape lah..
nak dijadikan cerita sampai jer umah nenek aku pagi itu,dengan bangge nak tayang kasut baru,rupa rupanya kasut aku dengan sepupu aku itu sebijik sejibik same..haha
yang tak tahannyer dengan kasut kakak kakak kitorang sekali same,saiznyer jer yang berbeza..^__^
zaman sekolah menengah
mase zaman sekolah menengah pulak,dah matang sikit dah..baju raye dah tak kesah dah,yang penting dah x same dah dengan kakak aku,hehe
bila dah besar ni yang aku suka lagi besar duit raye haha keluarga belah ayah aku lagi besar lagi banyak lah duit raye kau dapat selagi belum kerja,belum kahwen hehe..
tapi yang tak bestnyer bila dah besar ni kena lah rajin menolong nolong di dapur..heh~
kerja aku dengan sepupu aku ni selalunyer basuh pinggan lah..bukan nyer tak moo buat kerja cuma law dah duduk basoh pinggan kat dapur tu nanti tak boleh nak berhenti bayangkanlah berapa ramai orang yang datang kat rumah nenek aku tu..fuh penat weyh! ^_* v
zaman universiti
mase zaman universiti ni pulak,iaitu zaman sekarang ini lah aku dah biasa biasa jer dah sambut raye kadang kadang law raye dah tak rase macam raye dah pon..heehe
cume untuk tahun 2010 ni aku tak taulah kenapa aku cam excited sangat nak raye..^_^
hari raya tahun 2010
untuk raya tahun ni aku ada baju baru,yang pasti dah tak same dengan kakti dah,alah law same pon tak kesah dah sebab aku raye kt sini kakti raye kat new zealand..dah 3 kali raye aidilfitri dah kakti tak ada raye same sebab di study kat sane..hmmm
raya tahun ni aku berhari raye dekat shah alam,sek 18..kampung kampung aku dekat jerk lagi satu kampung dekat klang bandar bersejarah hehe..tapi yang paling jaoh dekat dengkil hehe itupon rumah nenek belah ibu..
sepatotnyer tahun ni aku beraye dekat rumah nenek belah ayah aku dekat klang,tapi disebabkan umi mintak tukar suke same suke untuk beraye dekat rumah belah umi tahun ni sebab nak jumpe adik beradik umi yang lain..selepas berbincang ayah pon setuju..kami adik beradik ikut jer..hehe janji tak gado gado x moo ler gadoo..hehe
tahun 2010 ni,tema warna untuk family aku adalah warna hijau..hijau pucuk pisang..same sumer..my m0om nak wat boria kot..^_^

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rayaku bersama MOHD HEZMAN
Hari lebaran yang dirai oleh semua umat islam turut dirai oleh aku dan lolipop,tapi sambutan raye kami ni simple jer..hurmm kalau nak diikutkan raya kali ni adalah raya ke4 kami selama kami bercouple..ceeh..^__^
tapi setiap kali raya cume mesej atau telefon jer lah yang menghubungkan kami,nak berjumpa jauh sekali..yelah sebab kitorang pon memang jaoh kan..kalau orang lain maybe raya sekurang kurangnya raye ke3 or ke4 da jumpe..tapi kitorang dah habis raya pon tak tentu lagi jumpa..haha nak buat camaner jaoh kan..
cume insyaALLAH kalau ada rezeki tahun ni kitorang plan baju raya same..hehe warna hijau..aku yang suruh lolipop beli baju raya warna hijau sebab tahun ni family aku sedondon hijau..hehe biar lolipop pon same hijau..insyaALLAH...

p/s: aku mengharapkan hati dan perasaan ku kembali tenang selepas menyambut aidilfitri,.^_^

terima kasih kerana sudi membaca!









thanx sudi bace!