caption: Dia yang terbaiksalam blogger,
hari ini genap la sudah hari yang ke 17 ramadhan semua umat islam berpuasa.alhamdulillah semoga kita semua diberikan kesempatan oleh Allah untuk meneruskan ibadah puasa ini.
semoga ramadhan kali ini menjadikan ibadah kita yang terbaik. ^_*
mohd hezman
untuk pengetahuan korang entri kali ini aku nak kongsi sedikit kisah mohd hezman yang ku gelar LOLIPOP.lolipop mungkin tak sempurna tapi lolipop lah yang terbaik sebagai kawan,sahabat,teman dan kekasih.(wah! aku ke ni? ^_%)
masa aku susah masa aku sedih lolipop ada untuk aku luahkan semua benda,lolipop ada untuk menangis,lolipop ada untuk suka,dan lolipop ada sangat untuk melepaskan baran aku ni..hehe
lolipop tak sekaya anak raja dan tak lah sehensem brad pitt tapi lolipop sempurna dalam hati aku.
"laksa"
percaya atau tidak perkenalan kami bermula hanya dengan sebungkus laksa. rupe-rupenye favourite kami serupa.laksa penoh cabei..wah! yummy sangat...
gado gado
aku selalu jugak gado dengan lolipop ni,korang banyangkan sape tak baran kalau setiap kali call mesti nak carik gado asyik kutuk aku jer..acah acah gurau manje tapi akhirnya buat aku yang bengang,arghh dalam bahagia ada tensionnya jugak..^_^
terima kasih
terima kasih mohd hezman kerana sudi membahagiakan diri ini, sudi mendengar dan sudi menerima aku seadanya.terima kasih kerana buat aku merasakan diriku lebih dihargai...mungkin kau rasa kau tak sempurna tapi ketidaksempurnaan kau adalah kebahagiaan untuk diriku..terima kasih mohd hezman!
~buat apa dicerita bahgia kita rasa,
biar tak dipercaya,
peduli orang kata,
baju ronyok tak apa,
asal pakai selesa,
berkilau tak bermakna,
kalau hati tak ada~
p/s: saya sayang awak okay!

No comments:
Post a Comment