nurul fiera: pulau pinang satu destinasi !

Monday, December 27, 2010

pulau pinang satu destinasi !

caption : demam selepas cuti cuti malaysia


salam blogger..
akhirnya percutian ala ala mengembara aku sekeluarga berakhir dengan panasnya bila aku adik beradik demam sekejap panas sekejap sejuk..haha mula merepek sebab sekarang mood aku tengah mood demam menggigil..korang bayangkan kitorang balik jerk dari bercuti pergi pinang masing masing dah tak dapat nak kawal suhu badan..semua bermula dengan selsema kemudian pening kepala dan kesejukan..ala ala dekat luar negara rasa sejuknya..haha sampai lah ke ayahanda aku juge selsema tapi my bonda sehat sentiasa..alhamdulillah..^_^


anyway entri kali ni aku nak kongsi dengan kamoo, kamoo, kamoo dan kamoo semua tentang percutian aku sekeluarga ke Pulau Pinang..ahah ! best giler..seronok tak terkata wa cakap sama lu..hehe..^_^


jom cek bawak hangpa semua pi pinang ! 


Rabu , 22 disember 2010 jam 6:30 pagi

kami sekeluarga bergerak ke K.L sentral dengan ditumpangi oleh cik ehak aku yang tolong hantarkan kitorang ni ke sana. anyway kalau korang nak tawu kitorang punya percutin kali ni amatlah berbeza kerana kitorang pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi ! haha best woo..ayah aku cakap pergi naik keretapi sebab nak bagi kitorang adik beradik ni rase naik keretapi...haha cam tak pernah lak kan kitorang naik keretapi.


dan seterusnya keretapi kami bertolak dalam pukul 8:00 pagi 


-sila senyum !-

kakti , umi dan adik iffah yang pantas berposing dalam keretapi ^_^

-relax jerk pakcik ni-

mungkin ni juge salah satu sebab kenapa ayah aku nak naik keretapi..haha kerana beliau dapat lebih berehat dan merelax kan badan beliau  dari memandu kereta ^_^

keretapi kami berhenti di Butterworth Pulau Pinang, sampai sahaja kami di sana, kitorang terus melantak haha lapar weyh duduk dalam keretapi 7 jam..berasap punggung haha masa ni lah ada sorang uncle cina datang tegur ayah aku tanya mau pi mana? dan uncle ni jugak lah yng tolong carik teksi tok kitorang pergi Hotel Seri Malaysia Bayan Baru..thanx uncle! anyway korang tawu tak??haha aku dah dapat lalu kt atas jambatan pulau pinang tu..haha teruja giler..

-sangat lah suka dapat bercuti, sila lihat wajah riang gembira kami ^_^-
bergambar sebelum ke Tapak Pesta Pulau Pinang

-nenek pon suka nk pi tapak pesta-^_^

Khamis, 23 disember 2010, jam 8:46 minit pagi

hey ! pagi pertama di pulau pinang..semua jemaah perempuan bergegas ke restoran bayan baru untuk menatap sarapan pagi percuma yang diberi oleh seri malaysia..haha jemaah perempuan ni terdiri daripada aku,kakti,umi.adik iffah dan nenek manakala ayah dan abg hakim masih meneruskan aktiviti mereka iaitu tidur..lalala

-breakfast time ! -

-roti di depan mata-

-my dear kakti yang sedang on diet konon-

-umi dan nenek -

sebik sahaja sarapan pagi, lihatlah wajah gumbira adik adik aku yang dpat terjun ke dalam swimming pool ^_^

-sorang bagai kan atlet negara dan seorang lagi berkuak lentang-

-sedih terpaksa meninggalkan kolam renang-

aktiviti pertama kami di Pulau Pinang ialah berjalan ke :






yeaa..berjalan ke rumah kelahiran P.Ramlee..sangat best  dan sangat unik..kemudian singgah solat di :




singgah menunaikan solat di Masjid Terapung area Batu Ferringhi hehe kemudian :





singgah berjalan jalan di padang kota lama dan kemudian :

"Pasembur Pinang" haha kitorang gian nak makan pasembur ni..sekali amik..totalnya....treeeeeeng !!! 26.20 myr haha terkejut aku..tapi seb baek puas hati memang marvelous !!

 my dear bonda sedang menatap "Laksa Pinang Original" sangat lah sedap korang tawu..sampai umi aku ni aku suh pusing sikit nak snap gambar pon cam malas nak layan jerk..haha

ABC special aku !!


ini dia my dear adik iffah sedang menghayati "Char Kuew Teow" yang berharga 8.00 myr..haha 
ayah aku tanya kat orang tu nape mahal sangat? dia jawab sebab udang besar..

ouh okay..kalau yang korang dapat lihat di sini..aku sekeluarga pergi mengisi perut di macam food court la jugak kat tengah tengah padang kota lama tu..haha kalau korang duduk jerk nak makan kat sini..akan ada sekumpulan orang yang datang untuk mintak order haha selalunya sorang jerk kan yang mintak order..tapi kat sana ramai giler sampai nanti korang pon pening kepala..^_^

pada malam harinya kitorang cuma lepak kat bilek jerk..penat woo jalan satu hari


Jumaat , 24 disember 2010 jam 9: 15 minit pagi

pagi hari seperti semalam nya juga breakfast time !



thanx seri malaysia sangat sedap kuew teow hari tu..waah !! haha sampai kitorang tapau senyap2 bawak balik bilik haha tak bagus tak bgus..kemudian perjalanan kami terus ke Jusco sebab my dear ayahanda dan adik aku abg hakim nak pergi solat jumaat ayah tinggalkan lah kitorang yang tak solat jumaat ni kat jusco untuk shooping!! 

selepas enak mencuci mata ^_^ kemudian kami ke :





destinasi yang seterusnya ke Tokong Ular..x da lah ular sangat, cuma kalau korang nak beli sourvenier bawa pulang untuk kawan kawan sedare mara haha boleh lh..berlambak kat sini..ouh yaa..nampak kereta tu?? hah tu lah kereta sewa kami..hehe 

Sabtu , 25 december 2010 jam 9:37 minit pagi

hari terakhir di pulau pinang..keretapi kitorang akan bertolak pada jam 3:30 petang..jadi ayah ajak kitorang pergi ke butterworth dengan menaiki feri..waah seronok giler..dan lagi special sebab kitorang naek Rapid Penang untuk ke jeti..haha sangat menarik !

aku suka gambar ni..suka suka ! ^_^



















dan kami telah pun selamat sampai ke K.L sentral semula pada jam 11 malam 7 jam jugak perjalanan pulang ke k.l..hehe pulang jerk ke rumah masing masing mula diserang penyakit demam..tapi tak apelah sebab yang pasti percutian ni sangat best dan interesting..hehe terima kasih pada ayha yang menaja kami ! sayang ayah ! 
ayah memang best ! ^_^

*terima kasih sudi baca*



















thanx sudi bace!

No comments:

Post a Comment