salam blogger,
selamat tahun baru 2011 !!! maaf lambat sehari kerana aku sibuk menyibukkan diri aku untuk menguruskan hal diri sendiri..miahaha..anyway macam mane tahun baru korang? adakah disambut dengan penuh gemilang?atau disambut suam suam kuku macam aku ni??weee~ tak kesah la macam mane pon sambutan korang harap tahun baru 2011 ini akan menjadi yang terbaik dan yang terindah dalam hidup korang..waah!! aku sangat gembira menyambut tahun baru nampak nye..^___^
tahun 2010 telah pergi dengan gah nya meninggalkan kita semua, segala suka duka pahit manis yang terjadi pada tahun 2010 itu diharap juge dapat menjadi iktibar dan pengajaran buat diri kita..waah cam makcik makcik pulak aku berbicara kan.. dan tidak ku lupa juga terima kasih pada kamu kamu semua yang sudi meluangkan masa untuk melepak di blog aku yang sememeh ini pada tahun 2010 ni..
tahun 2011 ni aku bukakan pintu tirainya dengan ucapan syukur alhamdulillah pada ALLAH s.w.t kerana masih sudi lagi untuk menerima aku sebagai hambaNYA di atas muka bumi ini.aku sangat bersyukur kerana masih diberi peluang unutk meneruskan kehidupan agar menjadi lebih baik dari sebelumnya..
ouh yaa...tahun baru, buku baru pastinya azam baru kan kan kan..hehe anyway apa azam tahun baru korang?
jom layan azam tahun baru aku !! weeee~
KELUARGA
aku berazam unutk lebih menjaga tatasusila aku ketika bersama keluarga..
harus dan perlu kurang bergaduh sesama adik beradik juge yang pasti wajib lebih mendengar kata ayah dan umi,
KEROHANIAN
aku berazam dan sangat berharap agar aku dapat lebih istiqamah dalam menjalankan perintah ALLAH,
tinggalkan yang dilarang dan lakukan yang disuruh
KEWANGAN
aku berazam dan sangat berharap agar kestabilan kewangan aku akan lebih stabil pada tahun ini,
dan tidak menjadi papa kedana sebelum tahun tahun sebelumnya..
pastikan kau tidak membazir fiera!
PEMBELAJARAN
mahu dan bercita cita untuk mendapatkan dekan pada semeter ini dan akan datang,
justeru itu sudah pasti wajib untuk belajar dengan lebih tekun rajin dan bersungguh sungguh,
"peduli apa orang kata yang penting kau berjaya"
PERSAHABATAN
aku harap hubungan aku sesama rakan akan lebih terjaga dan terjamin,
jauh kan dari segala perselisihan faham dan pergaduhan, jangan cepat buruk sangka jangan suka cari salah orang lain,sentiasalah bersabarnya fiera
RUMAH TANGGA
ini bukan rumah tangga sebenar cume sangat lah mengharapkan agar aku dan mr lollipop ni kurang bergaduh dan bertengkar..
ah jangan jadi macam anjing dengan kucing okay..
korang perlu saling sayang menyanyang..faham??!
KESIHATAN
tolonglah nurul fiera,
istiqamah berdiet !
BLOGGER
mahu lebih aktif berblogging pada tahun 2011 ini dan lebih rajin mengupdated entri entri yang baru juge sangat rajin blogwalking dan sangat lebih bermurah hati untuk menambah akaun nuffnang korang blogger yang disayang
ouh yaa..tahniah untuk aku sebab aku menang peserta kreatif dalam contest "ucapan tahun baru yang sempoi tapi best" haha masuk troli tolak sendiri aku ni..*
terima kasih sudi bace!

No comments:
Post a Comment