nurul fiera: Gong Xi Fa Chai !

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Chai !

caption : tahun ini tahun arnab


salam blogger..
Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni ( nyanyi bersama)..kongsi kongsi..bukan kongsi gelap yee..haha aku memang tak sambut tahun baru cina ni tapi di sini cuma nak kongsi dengan korang sedikit perkara menarik ketika sambutannya..


setiap kali tahun baru cina menjelma aku selalu perhatikan perkara menarik yang wajib ad0 dan selalu ado ketika sambutannya..beberapa perkara yang menarik ketika sambutan tahun baru cina ini adalah :


Che0ngsam dan Changshan yang b0mbastik !



sumber : encik google

okay perhatikan cheongsam di atas, cantik bukan? bombastik giler..geram aku..ngee~
kalau orang melayu dan beragama islam menyambut hari raya dengan pakaian rasmi iaitu  baju kurung yang sangat menarik dan penuh dengan sopan santunnya,
bagi orang cina pula cheongsam adalah pakaian rasmi kaum wanita mereka dan setiap cheongsam mempunyai keindahannya dan keunikan yang tersendiri.


changsan pula adalah pakaian tradisi bagi kaum lelaki..haha aku dapat satu gambar ni jek lah..

Tarian Singa, tarian masayarakat Cina


sumber : encik google le jugak

tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gongdram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
k0rang nak tawu tak?dulu aku takot giler tengok bila singa2 ni menari..haha tapi sekarang aku dah gagah perkasa dah..^__^

Yee Sang, makanan tradisi 1500 tahun dahulu

sumber : terima kasih encik go0gle

setiap kali tibanya Tahun Baru Cina, Yee Sang merupakan makanan tradisi yang pastinya menjadi hidangan utama ketika makan besar pada malam sebelum sambutan perayaan itu. Menurut sejarahnya, idea menghasilkan hidangan ini muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti keropok, lobak merah, lobak putih, limau bali, halia dan sebagainya selepas merayakan Tahun Baru Cina.
bagi masyarakat cina mereka begitu mementingkan makanan tradisi ini kerana mereka percaya hidup seseorang akn lebih diberkati dengan kesejahteraan dan dipanjangkan umur..terdapat sebahagian bahan di dalam yee sang ini yang halal dimakan.

TAMBAHAN

Merah warna masyarakat Cina


kita selalu dengar kan yang masyarakat cina sangat obses pada warna merah..haha 
mestilah ini kerana warna merah bagi mereka adalah warna yang menggambarkan keadaan yang tenang dan ceria. Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai  pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.
g0 merah g0 !! ^__^

-----------------------------------------------------------------------
"NOTA BUAT DIA"
                                                 hari ke -4-
hari ni tahun baru cina..orang semua cuti keje..gendut tak cuti 
latihan ke??hehe..rekrut elok2 yee..jangan rindu fiera sangat..
heeehe..^_______^
--------------------------------------------------------------------------------------

terima kasih sudi bace !
-














thanx sudi bace!

No comments:

Post a Comment