nurul fiera: sujud aku berdoa

Sunday, August 28, 2011

sujud aku berdoa



ramadhan semakin meninggalkan kita,tinggal dua hari saje lagi sebelum syawal menjelma, beberapa jam saja lagi sebelum takbir raya bergema, roh roh yang dilepaskan pasti sedih kerana akan dihantar pulang semula,
ya ALLAH, ibu pasti salah seorang dari mereka, KAU cucuri lah rahmat ke atas roh arwah ibu Fitriyati Bt Md Muzer dan semua umat islam yang telah meninggal dunia, semoga mereka tenang di sana, insyaALLAH

dalam sujud aku berdoa semoga aku berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan, dalam sujud aku berdoa semoga segala amalan aku pada ramadhan kali ini diberkati dan diterima Allah, dalam sujud aku berdoa semoga semua doa aku makbul dan diperkenan Allah,

dalam sujud aku berdoa KAU panjangkan lah umur ummi dan ayah,KAU murahkan rezeki mereka permudahkan urusan mereka Ya Allah, lembut kan hati ummi ayah agar dapat terima aku seadanya, aku bukan anak yang baik, yaaa aku tawu, aku juge tak sesolehah yang laen, yaa aku tawu, lembutkan hati mereka agar lembut dengan aku Ya Allah, jauhkan misunderstanding aku dan ummi, aku mohon Ya Allah, aku mohon..

dalam sujud aku berdoa hati aku lebih tenang,lebih TENANG Ya Allah! aku berharap semoga fikiran aku kosong hati aku buta dari yang tidak sepatutnya, aku berdoa semoga kau lapangkan dada aku mudahkan aku menerima ilmu mu Ya Allah, mudahkan urusan aku Ya Allah,murahkan rezeki aku,semoga aku lakukan ape yang KAU suruh dan tinggalkan yang mungkar, tiada yang laen lagi aku mengharap, hanya pada mu Ya Allah, hanya padaMU,




thanx sudi bace!

No comments:

Post a Comment